PEMAIN golf yang sering dilabelkan sebagai lelaki kecanduan seks, Tiger Wood, mengesahkan perceraian dengan isterinya, Elin Nordegreu selepas sembilan bulan kes kecurangannya diketahui seluruh dunia dan menjadi bualan ramai.
Wood yang mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup dengan Elin, mendaftarkan perceraiannya di Bay County Circuit Court, di Panhandle Florida semalam.
Dengan rasminya perceraian itu semalam, tamatlah spekulasi dan teka-teki masa depan Wood dan Elin selepas kisah curang Wood dengan sekian banyak wanita terbongkar satu persatu. Pasangan itu berkahwin pada Oktober 2004.