JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SEMBILAN mesti memberi penjelasan dengan telus dan berani berkaitan kerja merobohkan struktur kunci air yang dibina sejak merdeka di tasik Bukit Kepong, Port Dickson.
Difahamkan, semakin banyak pihak sedang menunggu penjelasan JPS berkaitan kerja meruntuhkan kunci air yang berfungsi mengawal air dari Tasik Bukit Kepong ke Sungai Raya itu.
Saya amat pasti tempua tidak akan membuat sarang rendah kalau tidak ada apa-apa muslihatnya. Kehadiran YB Datuk Kamarul Bahrin Abas, ahli parlimen Teluk Kemang ke tasik itu, beberapa hari lalu mesti dilihat olrh JPS dan kerajaan negeri sebagai sesuatu yang serius dan mesti diberi maklum balas secara terperinci.
Sama ada mahu mengakui bahawa tasik itu memangnya telah dilobi bagi 'projek sangat-sangat besar' seperti dakwa beberapa penduduk atau pun di sebaliknya, JPS tidak boleh mendiamkan diri termangu seperti ayam terkena tungau. Atau memerlukan tempoh lama untuk termangu-mangu mencari jawapan?
Mendiamkan diri sama seperti cuba menutup bangkai,, lambat-laun diketahui orang juga. Falsafah berani kerana benar mesti dilaksanakan!