SEORANG SAHABAT mencadangkan, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, bertindak mengambil tindakan ke atas sebuah suratkhabar kerana telah memanipulasi isu khutbah Jumaat di Pulau Pinang apabila mengheret nama baginda di dalam isu itu. Malah katanya, isu itu bukan sahaja terkeluar daripada konteks sebenarnya tetapi telah menyebabkan maruah Islam tercalar sehingga mencetuskan kontroversi berbau perkauman di kalangan masyarakat majmuk di negara ini, semata-mata memperjuangkan merit politik pihak tertentu,
Sahabat itu membuat saranan, selepas dia mendengar penjelasan khatib Zakaria Ahmad yang memaklumkan tiada sekelumit niat pun untuk menggantikan nama Yang Dipertuan Agong dalam khutbahnya dengan memasukkan nama Lim Guan Eng. Malah khatib itu menjelaskan, isu itu telah dipolitikkan yang kemudian disebarkan oleh media di luar daripada konteks sebenar.
Ini yang kita katakan apabila orang bertindak sebagai lebih senduk dari kuah, maka kuah akan bersepah. Akhirnya nasi terpaksa diratah berulamkan air!
Kita kenalah sedar bahawa tidak ada orang Islam yang rasional mahu melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan rukun dan adab. Terutama kalau tindakan itu boleh mencalarkan imej bangsa, agama atau mencemarkan sekali imej dan martabat sultan atau Yang DiPertuan Agong.
Pelajaran daripada isu ini ialah setiap pihak terutama media itu, haruslah berlapang menggunakan cerdik akal, meluruskan niat dalam kalbu sambil berfikir untung atau ruginya kalau menyalakan api semata-mata mahu meminta orang banyak menyiram minyak. Sesudah itu, membaling batu. Sesudah itu tangan disorokkan! Ini hanya akan menelanjangkan diri kita di tengah khalayak dengan seribu satu kurap yang ada pada tubuh akan terus diceritakan orang melihatnya. Sedarlah dan insaflah.