nuffnang ads

Friday, August 20, 2010

ISU KHUTBAH: YANG JELAS IA FITNAH UMNO

SEBODOH-bodoh orang Melayu Islam di Pulau Pinang, mereka tidak sebodoh orang UMNO yang mengeluarkan fitnah!

Sebodoh-bodoh mereka pun, mereka tidak akan menggadai Islam untuk kepentingan politik yang amat sempit sehingga mahu mencemarkan DYMM Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan. Bertaubatlah mereka yang melontarkan isu itu, termasuk Zahid Hamidi, terutama pada Ramadan yang mulia ini.

Ini adalah kali kedua Zahid Hamidi melontarkan isu itu selepas kali pertama menuduh Datuk Hasan Ali mempolitikkan khutbah serta tidak melakukan rukun yang dituntut dalam khutbah Jumaat di sebuah masjid di Selangor, tidak lama dulu.

Syukurlah, Allah mahu menunjukkan semua dakwaan itu hanyalah fitnah apabila Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan hal-hal yang difitnah itu tidak berlaku.

Kali ini khutbah di Pulau Pinang pula cuba dikotorkan dengan fitnah sedemikian keji sehingga jika tidak digunakan akal yang waras boleh menimbulkan kemarahan umat Islam. Ingin ditegaskan, umat Islam di Pulau Pinang tidak sebodoh UMNO yang bangang dalam merancang sesuatu untuk menjatuhkan musuh politik.

Cukup-cukuplah, terutama Zahid. Semakin mulut kamu banyak mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, semakin benci orang Melayu kepada UMNO dan semakin banyaklah lagi hukuman Allah diturunkan kepada parti itu.

Kalau setakat idea yang selalu diajar oleh Biro Tatanegara, lupakanlah! Umat Islam Melayu di Pulau Pinang tetap tahu Allah itu Maha Besar dan tidaklah bodoh mereka melakukan perkara yang sebodoh itu kecuali dilakukan oleh orang UMNO yang terdesak dan telah ke dinding terasak.

Tunggulah pilihanraya depan ini. Tunggulah, daripada orang tidak membenci UMNO, semakin ramai yang terus membenci!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10