nuffnang ads

Saturday, August 21, 2010

MAC CIK! TU DAGING KERBAU, BUKAN LEMBU. JANGAN SILAP LAGI!

SEKADAR INGAT MENGINGAT. Umat Islam yang akan meraikan Aidilfitri diingatkan bahawa daging import yang dibawa masuk dari India sebanyak 800,000 tan setahun adalah daging kerbau, bukan daging lembu.

Ini sekadar mengingatkan sebab ada yang tidak makan daging kerbau. Tapi bila pergi ke pasaraya ada tulis beef dalam kotak beku, terus beli. Kemudian bila dah siap buat rendang, mulalah sibuk-sibuk cakap, daging lembu beku tak berapa sedap buat rendang. Tak macam daging lembu tempatan. Rungutan ini biasa kita dengar pada hari raya dan pada majlis kenduri kahwin.
  
Kadang-kadang mak cik-mak cik yang diundang kenduri orang semata-mata untuk mengumpat sedap tidaknya masakan di majlis kenduri, selalu bercakap. Katanya, daging beku tak sedaplah buat rendang, agaknya daging lembu tu dah lama agaknya. 

Sebenarnya, beginilah mak cik-mak cik. DAGING BEKU YANG DIIMPORT ITU BUKAN DAGING LEMBU. ITU DAGING KERBAU. Memanglah tak sama rasanya. Macam beza daging ayam dengan itik. Cuma yang geramnya, berpuluh tahun kerajaan buat macam muka biawak kenyang aje bila cerita soal daging KERBAU yang diimport dari India itu. Kerajaan ingat, semua rakyatnya makan daging macam ikan bandaraya makan. Main tala, main balun apa ada!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10