nuffnang ads

Tuesday, August 10, 2010

EKSKLUSIF: "HASLI IZWAN BERTUKAR PROFESION. DARI PENEMBAK MENJADI PEMBELA POK-KE" HE..HE..HE

Selain menembak, Hasli Izwan Amir mempunyai hobi yang sedikit pelik. Membela hidupan eksotik termasuklah gacko atau dikenali sebagai pok-ke. Haiwan ini mula mendapat perhatian ramai sejak media melaporkan ia mempunyai harga sehingga mencecah jutaan ringgit berdasarkan berat badannya. Hasli, atlit senior menembak pistol kebangsaan yang akan mewakili negara ke sukan Komanwel tidak lama lagi, memperolehi pok-ke itu secara kebetulan ketika menjalani latihan menembak di Langkawi. Katanya, beberapa ekor gacko yang dibelanya kini mulai mencecah beratnya melebihi 120 gram dan beliau tidak berhasrat menjualnya sehnggalah mencapai berat tertentu. Beliau memberitahu gacko biasanya dikelaskan kepada tiga katogeri unik, iaitu tauke rumah, tauke hutan dan tauke batu. Biasanya gacko dari katogeri rumahlah yang mempunyai harga mahal dan dibeli oleh pihak tertentu selepas ia mencecah berat melebihi 300 gram. Harga tertinggi yang ditawarkan ialah RM1 juta sekilogram. Maka, tidak hairanlah sahabat saya, Juragan hari ini melukis kartunnya menggambarkan seorang nelayan membawa jala ke hutan, kerana menganggap menangkap ikan kurang lumayan. Mana tidaknya. Kalaulah dapat seekor gacko seberat sekilogram, senanglah dia dua keturunan. Omaak ooi!


MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10