nuffnang ads

Tuesday, August 10, 2010

BAYI DIBUANG DI TAMPIN

Seorang lagi bayi menjadi mangsa kebinatangan manusia yang tidak berhati perut, apabila dijumpai dibuang di Tampin pagi tadi. Berita ini tentu mengejutkan kerana kes buang bayi seakan tiada penghujungnya walaupun mulut mak cik Sharizat Jalil berbuih-buih mengulas mengenainya.

Polis Tampin mengesahkan penemuan bayi itu dan siasatan mengenainya sedang dijalankan.

Jelaslah,  kerajaan yang dipimpin Tok Najib seolah-olah tidak nampak cara lagi bagaimana masalah ini boleh diatasi. Apakah ini satu-satunya petunjuk bahawa kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi di bawah kepemimpinan Barisan Nasional. Dan apakah ini juga memperakukan bahawa cadangan pendek akal seorang lagi pemimpin UMNO di Melaka untuk menubuhkan Sekolah Mengandung sememangnya bukan jalan penyelesaian.

Dulu, kelmarin, semalam, hari ini dan lusa. Kisah buang bayi ini pasti tiada hentinya. Mungkin telah tiba masanya kita kembali kepada akar penyelesaian dengan berpatah menghayati nilai-nilai Islam dan menolak kerajaan yang tidak berani menjadikan mata pelajaran Islam sebagai subjek wajib dalam peperiksaan SPM!

 Dan tentunya mereka yang mendengar berita ini akan terharu kerana  apalah dosa bayi berkenaan yang tidak berupaya mengendalikan dirinya daripada menjadi mangsa kezaliman orang yang lebih dewasa. Dan tentu esok menjelang puasa, menitis lagi air mata kita mengenangkan kebobrokan seekor serigala berwajah manusia!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10