nuffnang ads

Tuesday, August 10, 2010

HARGA RUNTUH BLACKBERRY????

Banyak pihak sedang menunggu-nunggu keputusan kerajaan sama ada mengharamkan Blackberry atau tidak minggu ini. Mereka tentunya berdebar-debar menantikan keputusan yang bakal dibuat kerana secara logik pasti berlaku perubahan dan kecelaruan dalam pasaran mengenai item berkenaan.

Bagaimanapun, kerajaan dijangka mengambil langkah selamat dalam pengumumannya kerana perlu bertindak adil kepada semua pihak, terutama kepada pembekal dan pengguna sedia ada.

 Di sebalik langkah menang-menang yang dijangka akan diambil, secara logiknya harga Blackberry mungkin mengalami kesan dan tidak mustahil demi menjaga imej dan mengekalkan pasaran tindakan tertentu seperti promosi menurunkan harga akan berlaku.

Spekulasi berkenaan kesan pada harga Blackberry ini boleh dijangka berlarutan ekoran ada negara lain khususnya negara Asia Barat dan negara Islam sedang mengambil langkah tunggu dan lihat. Penciptaan Blackberry amat canggih dan tidak boleh dipersalahkan tetapi langkah kewaspadaan terhadap kebocoran maklumat juga mesti dilakukan oleh sesetengah negara.

Benar seperti selalu dikatakan, secanggih mana pun teknologi ciptaan manusia, ia tetap membawa dua kemungkinan yang seiring. Baik dan buruk. Terpulang kepada kebijaksanaan kita untuk menilai dan memilih.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10