nuffnang ads

Monday, August 9, 2010

ANDROID JUGA TIDAK MUSTAHIL MENERIMA NASIB SERUPA BLACKBERRY

Android yang banyak dipasang di dalam telefon pintar kelas atasan jenama Samsung dan Motorola, turut diberi perhatian oleh penganalisis dan pakar perisikan dunia, khususnya di negara Asia Barat kerana kecanggihannya hampir menewaskan teknologi Blackberry.

 Kebimbangan terhadap kecanggihan Android sama seperti Blackberry turut menjadi buah mulut pengkaji keselamatan di Bahrain, Iran, Arab Saudi dan United Emeriyah Arab Bersatu (UAE) dan tindakan meneliti dan mengkaji kesan buruk teknologi yang boleh meniriskan maklumat keselamatan semakin diperhalusi.

 Android OS yang asasnya adalah dari Linux kini berleluasa mengejar populariti Blackberry dan saling bersaing. Namun pakar perisikan dunia Arab percaya, ia akan lebih menonjol dalam tempoh terdekat. Walaupun kagum dan memuji kecanggihan teknologi Android, tidak siapa boleh menafikan maklumat keselamatan dunia boleh menjadi huru hara jika perlumbaan dalam sektor komunikasi ini tidak diimbangi dengan kewaspadaan.

 Malah ada pihak di negara Asia percaya, di sebalik pengenalan teknologi canggih itu mungkin tersirat motif pihak tertentu untuk menguasai perang mendapatkan maklumat berharga bagi tujuan politik dan ketenteraan. Sehubungan itu pakar teknologi keselamatan dan komunikasi Islam wajar mencari satu kaedah mencipta penapis bagi memastikan maklumat penting tidak bocor.

Bukan satu rahsia, di Amerika Syarikat tempat asal Android dilahirkan telah menyaksikan pertumbuhan sebegitu hebat apabila ia dikatakan mencecah sehingga 900 peratus penguasaan pasaran. Lebih 5.2 juta unit Android telah terjual setakat ini.

 Berdasarkan realiti itu, tidak mustahil ada negara akan mengharamkan Android sama seperti cadangan untuk mengkaji pengharaman ke atas Blackberry.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10