nuffnang ads

Wednesday, August 25, 2010

AWAS! KURMA JORDAN RIVER KELUARAN ISRAEL DI PASARAN KITA

UMAT Islam di seluruh negara diminta berhati-hati dan berwaspada dengan kurma keluaran Israel yang berjenama JORDAN RIVER. Dipetik dari blog 26 Melayu DiRaja, kurma berkenaan dipasarkan dari negara jiran Singapura.

Menurut sumber yang memaklumkan blog itu, kurma berkenaan ditanam di kawasan tanah milik Israel dan tuan punya ladangnya adalah pengusaha Yahudi yang kaya raya. Begitu juga dengan pekerjanya, dikatakan semuanya Yaudi.

Sudah tentu dengan membeli keluaran kurma itu, umat Islam turut menyumbang untuk memperkayakan lagi dana Israel yang kemudian ditukar kepada pelbagai senjata yang membunuh umat Islam sendiri. 

Berita berikutnya tentang kurma jenama Jordan River ini boleh dilayari dalam blog 26 Melayu Raja.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10