DIBANCI oleh Kementerian Sumber Manusia bahawa daripada 1.3 juta pekerja di Malaysia, terdapat 34 peratus berada di bawah paras kemiskinan. Mereka itu berpendapatan di bawah RM720 sebulan. Maknanya, daripada jumlah pekerja itu sahaja ada lebih 400,00 adalah manusia @ rakyat miskin.
Cuba bayangkan ada 26 juta rakyat atau lebih kurang 5.5 juta keluarga kalau satu keluarga dianggarkan ada 5 ahlinya. Cuba bayangkan! Daripada jumlah itu kalau 30 peratus adalah miskin bermakna ada hampir 1.7 juta keluarga di negara ini adalah keluarga MISKIN.
Jumlah keluarga miskin ini tentulah besar dan tidak muat kalau ditempatkan di Melaka! Kenapa? Sebab satu keluara ada 5 ahlinya. Kalau 1.7 juta keluarga bermakna ada 8.5 juta batang kepala rakyat yang pendapatannya di bawah RM720.
BN jangan fikir ini benda yang boleh disorokkan. Bancilah secara jujur dan telus, memang terdapat berjuta orang miskin di Malaysia.
Apakah dengan jumlah kemiskinan yang sebegitu besar ini mampu kita heret negara kita menjadi maju pada 2020? Atau soalan yang lebih manis ialah kenapa jadi macam ini? 53 tahun tidak cukupkah untuk berfikir dan merancang demi kemajuan rakyat jelata?
Apo ko jadah ehh Barisan???