Saya turunkan petikan sebahagian ucapan TDM dalam ucapannya pada satu majlis berbuka puasa semalam sebagai renungan semua pihak, terutama umat Islam dan pemimpin Melayu UMNO.
"...saya bukan racis yang nak bangkitkan perasaan marah di kalangan umat Islam, tetapi ada hak kita yang harus dihormati pihak lain. Penghormatan hanya akan diperolehi apabila kita berkuasa..."
TDM turut mengulas bahawa umat Islam walaupun majoriti di negara ini, tetapi itu belum menjamin untuk memastikan mereka terus berkuasa pada masa depan.
Secara keseluruhan, TDM mahu hak umat Islam di negara ini dihormati dan tentu ketika menyatakan itu TDM tidak boleh berselindung menuding ke arah perpecahan sesama sendiri yang sedang berlaku kini.
Apa pun ungkapan TDM bahawa "ada hak kita yang harus dihormati" amat menarik untuk diulas sedikit, kerana hak itu masih tidak kelihatan disedari oleh pemimpin UMNO masa kini.
Mereka lebih cenderung membangkitkan soal penghormatan yang mesti diperolehi oleh umat Islam dalam banyak perkara, termasuk juga apabila menyentuh isu khutbah di masjid sekitar Pulau Pinang yang dikatakan turut menyebut nama Lim Guan Eng. Ini kerana isu itu ada berbau politik yang mesti dihidu.
Ingin ditanyakan. Apakah kesedaran mahukan penghormatan ini baru sahaja disedari sama ada oleh TDM mahupun pemimpin UMNO hari ini.
Saya bagi contoh. Cuba jelaskan secara ikhlas, kebanyakan BATU NISAN untuk dipacakkan di atas kubur umat Islam hari ini, dibuat oleh siapa? Adakah TDM dan pemimpin UMNO sedar. Apakah BATU NISAN ini tidak langsung membawa apa-apa makna berkaitan PENGHORMATAN kepada umat Islam?
Bagaimana pula KAIN KAPAN? Apakah kain kapan untuk membalut jasad umat Islam yang meninggal dunia, dibuat oleh pekilang orang Melayu?
Saya cetuskan sedikit pertanyaan ini untuk membawa kita supaya sedar bahawa sejak dulu, sejak merdeka, sejak UMNO memerintah saya tidak nampak ada kesungguhan untuk kita menjaga apa yang kita panggil sebagai PENGHORMATAN untuk umat Islam di negara ini.
Saya cetuskan sedikit pertanyaan ini untuk membawa kita supaya sedar bahawa sejak dulu, sejak merdeka, sejak UMNO memerintah saya tidak nampak ada kesungguhan untuk kita menjaga apa yang kita panggil sebagai PENGHORMATAN untuk umat Islam di negara ini.
Tapi sedihnya apabila ada sedikit sahaja insiden yang boleh dimeritkan untuk keuntungan politik, atau yang boleh dilihat memberi pulangan mengikut sisi kepentingan sendiri, maka kita menjadi cepat-cepat bising dan kalut. Isu khutbah yang nyata diakui oleh khatib tidak langsung bertujuan menghina Islam, diperpanjangkan.
Saya cabar UMNO supaya sentuh isu batu nisan dan jadikan batu nisan sebagai industri eksklusif umat Islam. Boleh? Saya cabar TDM untuk mengutuk UMNO kerana telah gagal memberi perhatian untuk menjaga KEHORMATAN umat Islam dalam soal batu nisan ini. Saya pohon janganlah hanya kerana ada isu atau insiden yang BOLEH MEMBERI UNTUNG KEPADA POLITIK, barulah kita membuka mulut luas untuk bercakap soal PENGHORMATAN untuk umat Islam.