nuffnang ads

Sunday, August 22, 2010

ANAK GADIS KEMPUNAN NIKAH, WALI TAK DITEMUI

PASIR PUTIH: Seorang sukarelawan polis, Siti Asnida Razali, 20, kecewa apabila impiannya untuk bergelar isteri tidak kesampaian, apabila majlis akad nikahnya yang sepatutnya berlangsung malam kelmarin, terpaksa ditunda kerana ayah kandungnya yang menjadi wali tidak ditemui.

Berita Harian melaporkan, Asnida yang diserahkan kepada ibu angkatnya Mek Rogayah Mohd Nor, 57, sejak berusia dua hari di sebuah hospital, tidak pernah bertemu dengan ayah atau ibu kandungnya atau memiliki gambar keluarga kandungnya itu.

Ayah kandungnya, Razali Nasir berusia 50-an dikatakan pernah menjadi peneroka di Felda Tenang, Besut. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarga ibu angkatnya untuk menghubungi Razali namun semuanya hampa.

Sehubungan itu, Asnida dan ibu angkatnya, seorang jururawat merayu supaya Razali atau sesiapa yang mengetahui di mana lelaki itu berada supaya memaklumkan mengenai majlis pernikahan anaknya yang masih belum terlaksana.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10