REMBAU: Lokasi tak menjadi hal. Status juga apa peduli. Demi memenuhi tuntutan nafsu tak terbendung, seorang datuk tergamak memperkosa cucu tirinya yang baru berusia 15 tahun, di dalam sebuah kandang lembu yang jauh dari pandangan orang.
Sinar Harian dipetik melaporkan, Ketua Polis Derah Rebmbau, Deputi Superintendan Mizan Mohd Dom, berkata kejadian itu dipercayai berlaku dua kali sekitar Jun lalu tetapi mangsa hanya membuat laporan polis pada 13 Ogos,
Mangsa yang bakal menduduki Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR) tahun ini dikatakan menceritakan kejadian dia dirogol datuk tirinya kepada guru di sekolah. Guru berkenaan kemudian menasihati mangsa membuat aduan kepada pihak berkuasa.
Menurut Mizan, bertindak di atas laporan yang dibuat, polis menahan lelaki berusia 49 tahun pada hari yang sama bagi membantu siasatan.
Ini adalah kejadian kedua diketahui membabitkan tingkah laku datuk memperkosa cucu sendiri. Dalam satu kejadian beberapa bulan lalu di Sarawak, seorang datuk turut memperkosa cucunya sendiri. Bagaimanapun perbuatan itu dilakukan agak lama dengan dengan pengetahuan dan kerelaan nenek mangsa.
Pihak berkuasa juga dikatakan terkejut apabila dimaklumkan oleh saspek, bahawa perbuatan terkutuk itu sukar dihentikannya kerana datuk berkenaan sentiasa berasa ghairah mendengar rengek dan erangan cucunya, setiap kali melakukan hubungan seks.
Demikianlah antara cerita kebinatangan dalam dunia yang banyak dilakukan oleh gergasi bermata merah tetapi berwajahkan manusia!
Demikianlah antara cerita kebinatangan dalam dunia yang banyak dilakukan oleh gergasi bermata merah tetapi berwajahkan manusia!