nuffnang ads

Monday, July 5, 2010

LALAT DAN TIDAK CUKUP BILIK DI KUALA PILAH

Masalah lalat telah bertambah kepada masalah tidak cukupnya bilik bagi menempatkan pelajar, terutama pelajar baru. Ini yang berlaku di UiTM kampus Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Ramai yang mengadu, terutama ibu bapa yang kurang selesa kerana mendakwa ada di antara anak mereka terpaksa tidur di ruang tamu.

Saya berpendapat begini. Masalah lalat yang lebih perlu diselesaikan. Hal-hal terpaksa tidur di ruang tamu, mungkin kurang selesa tetapi kalau diikutkan jumlah pelajar yang terlalu ramai kita mesti bertolak ansur.

Memahami bahawa kadang kala kita mesti berkorban, menjurus kepada sifat luhur anak Melayu. Bersusahlah sedikit kerana kalau mahu ditempatkan pelajar mengikut jumlah katil yang ada, sudah tentu ramai anak-anak Melayu miskin yang lain kempunan memasuki universiti itu.

Hal yang penting dipentingkan dulu. Namun UiTM tidak boleh selesa kalau tidak dikritik kerana setiap masalah mesti diselesaikan. Mungkin masalah penempatan ini hanya seketika. UiTM mesti bersegera. Katil tak cukup harus dicukupkan, almari yang kurang mesti segera ditambah.

Tapi hal lalat jangan kompromi. UiTM, kerajaan, penduduk kampung, wakil rakyat (kalau betul mahu digelar wakil rakyat), menteri besar dan orang berkuasa, mesti bertindak. Bertindak betul dan segera.

DEBUS-DEBUS SINGALAUT MEMBELAH OMBAK: Teringat kata-kata Prof Dr Mohamad Awang. Kalau bukan kerana ITM (UiTM) mungkin saya ketua kerani sampai pencen.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10