nuffnang ads

Tuesday, February 1, 2011

TERBARU: PERDANA MENTERI ARAH KELUARKAN PELAJAR DARI MESIR, GUNA KAPAL LAUT DAN PESAWAT UDARA


MEMAHAMI kehendak dan perasaan ibu bapa pelajar yang meluahkan kebimbangan terhadap nasib pelajar Malaysia di Mesir yang tersepit dalam ketegangan ketika situasi tunjuk perasaan semakin membara, Perdana Menteri malam ini mengarahkan semua pelajar negara ini di Mesir dibawa keluar segera.

Arahan itu dijangka dilakukan menerusi pemindahan pelajar menggunakan kapal laut dan pesawat.

Sebuah kapal laut, KD Bunga Mas, adalah antara kapal yang paling hampir lokasinya kerana telah berada di Teluk Aden mengawasi kegiatan lanun Somalia. Kapal berkenaan adalah antara kapal yang bakal membawa keluar pelajar negara ini.

Dengan arahan membawa pelajar negara ini dari Mesir, Malaysia menurut langkah beberapa negara lain di dunia termasuk Indonesia yang telah pun mendapat kebenaran mendaratkan pesawat pengangkutnya di Lapangan Terbang Cairo malam tadi bagi kerja pemindahan rakyatnya di sana.

Paling penting keselamatan semua anak Malaysia di sana terjamin dan kebimbangan ibu bapa di negara ini mesti diredakan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10