nuffnang ads

Wednesday, February 2, 2011

MUSIM JANDA MENGAWAN: 3 JANDA DIBERKAS BERKHALWAT DI TEMPAT BERLAINAN


APAKAH kebetulan musim hujan menjadi musim buat janda mengawan? Ini berlaku apabila tiga janda, masing-masing berusia 28, 29 dan 55 tahun ditahan dalam dua operasi berasingan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan.

Dalam serbuan pertama di PASIR PUTEH, seorang nenek berusia 55 tahun yang tidak sampai 24 jam bercerai diberkas sedang berdua-duaan dengan pasangan lelakinya, ulam muda berusia 34 tahun di rumahnya di Kampung Kuala Semarak jam 1 pagi.

Ketika membuka pintu untuk membuat pemeriksaan, nenek gersang itu hanya berkemban dan mendakwa lelaki berseluar pendek di biliknya adalah suaminya.

Didesak lagi, dia berbohong pula kononnya tidak tahu macam mana lelaki itu boleh berada di dalam biliknya tanpa disedari.

Didesak lagi, barulah dia mengaku dia baru sahaja bercerai petang sebelumnya dengan suami sebelum ini. Wanita katogeri pencen itu telah pun mempunyai seorang cucu yang telah dewasa.

Dalam operasi di GUA MUSANG pula, dua janda muda, berusia 28 dan 29 tahun termasuk seorang daripadanya yang ditangkap khalwat sehari sebelumnya, diberkas di sebuah rumah kosong Kampung Lembaga jam 8 pagi.

Rumah itu dipercayai diceroboh kerana pemiliknya tiada di rumah. Pasangan terbabit dipercayai memasukinya menerusi tingkap.

Mulanya, penguatkuasa JHEAIK menyangka hanya seorang sahaja berkhalwat di situ, iaitu janda 28 tahun bersama pasangannya, tetapi sangkaan itu meleset kerana di bilik lain di rumah itu seorang janda lain berusia 29 tahun sedang berkhalwat dengan pasangannya.

Sayangnya kedua-dua pasangan lelaki janda terbabit berjaya melarikan diri daripada ditahan penguatkuasa.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10