BEGITU mudah sebenarnya meneka kenapa seorang wanita Afrika di Cheras kelmarin sanggup berbogel di khalayak ramai.
Puncanya dadah! Perkara itu terbongkar selepas pihak hospital membuat imbasan pada perut wanita berkenaan dan mendapati ada bungkusan kecil dadah yang telah pecah.
Kini hospital sedang berusaha untuk mengeluarkan beberapa bungkusan kecil yang lain, selain memberi rawatan untuk mengelakkan wanita terbabit mengalami kecederaan lebih teruk. Namun dia kini masih dalam keadaan tidak siuman akibat pengaruh dadah yang telah pecah dalam perutnya itu.
Dia dipercayai menjadi antara keldai yang diupah sindiket mengedarkan dadah menggunakan cara menelan kondom dadah di dalam perut.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari kelmarin, wanita itu berbogel di depan khalayak ramai selama lebih kurang 15 minit menyebabkan ramai pengguna jalan raya berhenti menikmati wayang percuma!