nuffnang ads

Tuesday, February 8, 2011

POLIS SIASAT SIAPA CURI KONDOM 700,000 KEPING DI PERAK


POLIS sedang menyiasat kehilangan misteri 700,000 kondom yang lesap sewaktu ditempatkan di dalam sebuah kontena di luar premis kilang pengeluarnya di Perak baru-baru ini.

AFP melaporkan, jurucakap polis sedag menyiasat kehilangan itu selepas ia disedari oleh pengurusan kilang berkenaan sebaik sahaja kontena yang dihantar ke Jepun itu, telah tiada isi kandungannya.

Malah difahamkan, kunci kontena itu juga dipercayai telah ditukar oleh pihak tidak bertanggungjawab dan kehilangan itu amat menyedihkan pengurusan kanan kilang terbabit, Sagami Rubber Industries.

Pengurus Sagami Rubber Industries, Sato Koji, dilaporkan berkata pihaknya amat sedih dengan kehilangan kondom dalam jumlah banyak yang dianggarkan bernilai sekitar RM4 juta itu. Jumlah yang banyak itu tentu mencukupi untuk tujuh keturunan bagi sebuah keluarga!

Menurut Sato lagi, kehilangan itu adalah kali pertama berlaku membabitkan kilangnya yang telah beroperasi di negara ini sejak 1997 lagi.



MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10