nuffnang ads

Tuesday, February 8, 2011

SEDIH DAN SAYU: PELAJAR 17 TAHUN MAUT, TERJUN BANGUNAN SEKOLAH, DI DEPAN PELAJAR LAIN DIPERCAYAI KECEWA


SALLY Lee Qian Chun, 17, pelajar tingkatan 5A, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota, Ayer Leleh, di Melaka mati, selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan sekolahnya, pagi ini ketika ramai pelajar lain tergamam dan tidak sempat melakukan apa-apa untuk menyelamatkannya.

Dipercayai kerana gagal dalam hubungan percintaan - Lee dikatakan  menghantar lebih kurang 15 catatan dalam akaun Facebooknya dengan komen yang pelik sebelum ini.

Antara catatannya ialah pada Jumaat lalu. Dalam catatannya itu Lee menyatakan dia sebenarnya telah lama bercadang menamatkan hidup sejak bulan lalu.

Malam Ahad lalu, Lee juga dilaporkan ada menulis komen dalam FB yang antaranya bermaksud kekecewaan akibat hubungan cinta yang gagal.

Dan pada 3.45 Isnin, Lee menulis dengan mengingatkan kawan-kawannya agar tidak lupa pada janji untuk membelikannya teddy bear dan sebuah keranda.

Semua catatan dalam FB itu sememangnya pelik dan apa yang berlaku kira-kira jam 9.15 pagi ini lagi pelik dan menyayu hati. Seorang anak gadis yang masih muda pergi buat selama-lamanya di depan rakan-rakan persekolahannya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Sallehuddin Abd Rahman, dipetik memberitahu The Star polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kematian mengejut.-diolah dari The Star

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10