KETIKA kaum Cina masih bergembira dalam perayaan sempena Tahun Baru China, berlaku lagi tragedi di luar keinginan kita.
Di Seri Kembangan, Serdang seorang ibu yang dipercayai mengalami gangguan mental, mencampak anaknya berusia lima tahun dari tingkat empat sebuah pangsapuri, sebelum dia naik ke tingkat 10 dan terjun.
Kejadian ini dikatakan berlaku lewat pagi tadi, mengakibatkan kedua-dua, si anak, 5 tahun dan ibunya, 35, mati di tempat kejadian dalam keadaan berlumuran darah.
Polis dihubungi oleh orang awam jam 12.30 tengah hari memaklumkan kejadian itu dan kedua-dua mayat kini dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Difahamkan, pada awal pagi wanita dan suaminya sempat pergi ke majlis sambutan Tahun Baru Cina di pejabat suaminya di Sri Serdang. Dalam perjalanan, mereka mengambil anak tunggal mereka dari sebuah tadika.
Ketka kejadian, suami mangsa dipercayai menghantar kereta untuk diperbaiki selepas menurunkan isteri dan anaknya itu.