nuffnang ads

Wednesday, February 9, 2011

RAJA JORDAN TERIMA PETISYEN: HENTIKAN PEMBABITAN PERMAISURI RANIA DARIPADA POLITIK ATAU BERDEPAN RUSUHAN RAKYAT


PEMERINTAH Jordan, Raja Abdullah, menerima satu petisyen mengandungi 36 tandatangan pemimpin tulang belakang utama yang menyokong hiraki kerabat DiRaja mentadbir negara itu yang mengandungi tuntutan meminta permaisuri baginda, Permaisuri Rania tidak lagi membabitkan diri dalam politik negara.

Menerusi petisyen yang keras nadanya itu, kesemua 36 pemimpin komuniti yang menyokong Raja Abdullah bimbang, pembabitan Permaisuri Rania dalam politik negara akan mecetuskan rusuhan di kalangan rakyat, sama seperti yang berlaku di Mesir dan Tunisia.

Suleiman Al-Khalidi dalam laporannya menerusi portal News.Scotman.Com melaporkan petisyen itu sekali gus memberi satu lagi tekanan kepada Raja Abdullah, selepas minggu lalu ditekan oleh protes rakyat sehingga mengakibatkan baginda merombak semula kabinetnya.

Mereka mendakwa, Permaisuri Rania yang asal-usulnya daripada Palestin telah banyak menggunakan dana negara Jordan dalam program mempromosikan imejnya (Rania) di luar negara tanpa mempedulikan kesengsaraan hidup yang dihadapi rakyat Jordan hari ini.

Malah dalam petisyen itu mereka tidak berselindung mendakwa, Rania kini sedang membina sebuah pusat kuasa untuk kepentingan peribadinya. Ini telah tentu bertentangan sama sekali dengan kehendak rakyat Jordan yang menyokong dinasti Hashem yang diwakili oleh Raja Abdullah dalam usaha menjaga kepentingan rakyatnya.


MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10