nuffnang ads

Wednesday, February 9, 2011

ISTERI BAWA EMPAT ANAK, CEKUP SUAMI BERKHALWAT DENGAN KEKASIH 25 TAHUN


BEBERAPA hari lalu, banyak suami berkongsi sedih dengan nasib seorang lelaki di Puchong yang menahan isterinya berkhalwat dengan lelaki lain, dengan disaksikan seorang anak perempuan mereka.

Namun kali ini, giliran kaum isteri pula untuk berkongsi sedih dengan nasib seorang wanita yang berjaya menahan suaminya kerana berkhalwat bersama kekasih mudanya di sebuah rumah di Taman Impian Ria, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Kali ini wanita itu membawa empat anak mereka sekali menjadi saksi kantoinya seorang ayah bersama kekasih berusia 25 tahun, selain beberapa anggota polis yang mengiringi 'serbuan' itu.

Suami berusia 51 tahun itu terkedu dan hanya mampu menelan air liur apabila terkantoi dengan isteri dan anak-anaknya sendiri selepas sekian lama menyimpan rahsia hubungan cinta gelapnya dengan 'ulam raja muda'  itu.

Dia yang telah berkahwin dengan wanita berusia lewat 40-an hampir 30 tahun lalu dan mempunyai enam anak, dibawa ke balai polis oleh sepasukan penguatkuasa agama JHEAIPP, selepas mendapat maklumat daripada anggota polis yang mengiringi isteri malang itu.

Bahaya betul sekarang! Suami tangkap isteri, isteri pula tangkap suami. Penyiasat persendirian susahlah nak cari makan macam ni. Aduhhh..

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10