nuffnang ads

Monday, February 7, 2011

PIHAK KESELAMATAN MESIR LUDAH PASPORT BENDAHARI KELAB PUTRA 1MALAYSIA


Pasport milik Bendahari Kelab Putra 1Malaysia, Abdul Mutalif Abdul Rahim diludah pihak keselamatan Mesir gara-gara ketika pemeriksaan pada pasportnya mendapati ada cop masuk ke Gaza.

Naib Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Datuk Bahari Abu Mansor dan adik bekas Ketua Polis Negara, Mohd Taha Hassan, juga menjadi antara 'mangsa' perangai bebal anggota keselamatan Mesir - mereka adalah antara lima yang ditahan malam kelmarin ketika dalam misi menghantar bekalan makanan.

Bahari berkata, pihak keselamatan Mesir sekitar 20 orang telah menahan mereka ketika dalam perjalanan dari LTAB Kaherah ke Dewan Malaysia Abbasiyah.

Kata Bahari, pihak keselamatan terbabit bertanyakan terlalu banyak soalan - atau dalam bahasa kampung di negara ini sebagai banyak songel.

"Mereka tanya kenapa saya pergi ke Palestin. Saya kata itu misi kemanusiaan. Kemudian mereka cari lagi bukti lain dan hanya selepas lebih lima jam baru mereka lepaskan dari ditahan," katanya.

Demikian, perangai askar dan polis Mesir hari ini. Dah hilang akal.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10