SEORANG suami bersama anak perempuannya yang berusia 18 tahun menjadi saksi bagaimana seorang isteri, merangkap ibu yang berusia 38 tahu berdua-duaan dengan kekasih gelapnya di sebuah rumah di Puchong Perdana, beberapa hari lalu.
![]() |
Ni haa..Razif tunjukkan salinan laporan polis kes isterinya ditangkap bersama lelaki lain...ingat memain ke! (HM) |
Dia bersama pegawai masjid yang diberi tauliah membuat serbuan itu pada 2 Februari lalu kira-kira jam 2 pagi. Teman lelaki isterinya berusia 49 tahun adalah kakitangan sebuah universiti tempatan yang gah jugalah. Sementara isterinya pula bertugas di sebuah hotel.
Selepas dicekup, pasangan songsang itu dibawa ke Balai Polis Bukit Puchong. Semoga Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberi perhatian segera terhadap kes ini kerana sehingga kini tidak diketahui hujung pangkal penyiasatan dan pendakwaannya.