PERTEMUAN yang diharap dapat merencanakan sesuatu demi kebaikan masa depan dua negara bersengketa di antara Korea Selatan dan seterunya, Korea Utara yang berlangsung di Seoul kelmarin, berakhir jalan ceritanya dengan kegagalan.
Langkah masuk...kini wakil Korea Utara telah keluar baris! |
Kesemua pegawai tentera yang mewakili Korea Utara membuat keputusan 'keluar baris' daripada pertemuan yang sedang berlangsung kerana enggan menerima tekanan dikenakan kepada mereka agar memohon maaf di atas ledakan mortar ke Pulau Yeonpyeong, tidak lama dulu.
Kini, meja pertemuan untuk mencari jalan damai terbiar kosong. Maka sengketa akan terus berlangsung.