nuffnang ads

Thursday, February 3, 2011

PEMUDA DARI SABAH DITEMUI TERBUNUH, DIPERCAYAI TERBABIT DALAM PERGADUHAN DI KLANG


SEORANG pemuda berusia 22 tahun dari Sabah ditemui mati dipercayai ditikam selepas terbabit dalam satu pergaduhan di tingkat empat sebuah rumah kedai di Lebuh Turi, Pandamaran, Klang malam semalam.

Timbalan OCCI (Risikan dan Operasi) Selangor, ACP Rosli Mohd Isa, berkata mangsa, Mohd Munir Mohd Said, ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh sepasukan polis yang dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima maklumat.

Siasatan awal mendapati ada kesan tikaman di dada mangsa, selain terdapat beberapa kesan luka di bahagian tangank kirinya.

Menurut Rosli, polis turut menemui sebilah parang di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat.

Sementara itu OCP Klang Selatan, ACP Mohamad Mat Yusof, berkata lima suspek yang berusia di antara 20 dan 30 tahun telah ditahan pihak polis bagi membantu sisatan kes itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10