nuffnang ads

Thursday, February 3, 2011

40 PENUMPANG BAS EKSPRESS NYARIS MAUT DI LEBUH RAYA BERDEKATAN PLAZA TOL PEDAS-LINGGI PETANG TADI


SERAMAI 40 penumpang bas ekspress nyaris maut apabila bas mereka naiki terbabas dalam sau kejadian petang tadi sebelum memasuki laluan bertentangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di KM245.9 berdekatan Plaza Tol Pedas-Linggi.

Bas ekspress Transnasional itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kluag apabila kemalangan berlaku kira-kira jam 3.30 petang.

Dalam kejadian itu, pemandu bas terbabit, Sabri Sahrom, 48, dikatakan gagal mengawal kenderaan dipandunya selepas tayar depan sebelah kanan pecah secara tiba-tiba.

Akibat itu bas berkenaan bergoyang dan melanggar pembahagi jalann di lebuh raya berkenaan sebelum memasuki laluan bertentangan ke Kuala Lumpur. Syukur, ketika kejadian bas berkenaan tidak dirempuh oleh kenderaan lain.

Sabri membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Daerah (IPD) polis Seremban 2, sejurus kejadian.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10