NASHA Aziz, 40, pelakon dan model terkenal masih trauma dengan kejadian samun yang menimpa dirinya kelmarin, ketika sedang memandu kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Ampang Hilir, Kuala Lumpur.
Dua lelaki menaiki sebuah motosikal EX5 dipercayai warga Indonesia memecah cermin kenderaannya dan melarikan beg tangan mengandungi wang RM40,000 dalam kejadian sekitar jam 3.30 petang itu.
Nasha difahamkan baru sahaja mengeluarkan duit berkenaan dari bank berdekatan dan ketika kejadian dia ditemani seorang kenalan wanitanya. Beg tangan berkenaan dikatakan diletakkan di atas riba Nasha sebelum dirampas dan dilarikan.
Penjenayah dipercayai mengekori kenderaan Naza Ria yang dipandu Nasha dan menunggu masa sesuai, iaitu di lampu isyarat sebeum bertindak melakukan jenayah itu.