SAMA ADA kita sedar atau tidak, kemeriahan Tahun Baru Cina kali ini amat luar biasa. Luar biasa betul. Betul-betul luar biasa.
Satu Malaya bising tak boleh tidur. Bunyi mercun macam pesawat Amerika serang Iraq dulu-dulu, 24 jam tak henti-henti.
Anak kecil banyak terkejut dan bangun tidur. Kata orang, pembakaran mercun kali ini luar biasa sekali. Sampai ke pagi dan amat mengganggu.
Bakar mercun kali ini bukan sahaja menghalau hantu, tapi menghalau orang keluar dari rumah dan cari kubu atau ke kedai membeli kapas untuk menutup telinga agar gegendang tidak pecah.
Sambil tumpang seronok, perayaan kali ini semua tumpang berdukacita. Apakah mercun yang sekuat mortar yang boleh didengar empat atau lima kilometer telah dibenarkan untuk dijual dan dibakar?
Kalau benar, eloklah juga. Sekurang-kurangnya raya tahun ini bolehlah bakar meriam tujuh hari tujuh malam untuk memeriahkan suasana.
Maaf cakaplah. Kadang-kadang kita terlupa dan membuat ada hati orang lain terluka. Selamat Tahun Baru Cina buat semua warga keturunan Tionghua. Jangan marah, tapi gua seronok sebab tak boleh tidur bunyi mercun bertalu-talu tadi malam.