nuffnang ads

Thursday, February 10, 2011

MESIR PARAH: KAKITANGAN AWAM DAN SWASTA MULAKAN MOGOK SERTAI GERAKAN MENENTANG HOSNI MUBARAK


KETIKA laporan Bank Dunia menunjukkan Hosni Mubarak dan keluarganya memiliki kekayaan melebihi RM200 bilion, 40 peratus daripada rakyatnya pula hidup di bawah paras kemiskinan!

Maka tidak salah hari ini, satu dimensi baru menentang Hosni bermula apabila ribuan pekerja kilang dan pekerja swasta berarak ke jalan raya dan mengadakan mogok secara besar-besaran.

Antara kakitangan yang terlibat mogok hari ini ialah kakitangan bas awam, pekerja hospital dan kilang swasta - semuanya menyertai rakyat lain yang telah dua minggu berkubu di Dataran Tahrir meminta Hosni segera berundur dan meninggalkan Mesir.

Tindakan mogok hari ini adalah permulaan dan dijangka akan disertai lebih banyak pekerja pelbagai sektor esok.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10