nuffnang ads

Thursday, February 10, 2011

DUA JANIN DITEMUI MENJELANG VALENTINE DAY DI IBU KOTA!


EMPAT hari menjelang Valentine Day, dua janin ditemui di sekitar ibu kota hari ini. Mungkin sebagai peringatan, mungkin juga sekadar hiburan!

Janin pertama ditemui oleh seorang juruteknik Indah Water Konsortium Sdn Bhd di loji kumbahan syarikat berkenaan di Kajang jam 11 pagi.

Janin kedua ditemui seorang wanita, dipercayai dibuang pihak tertentu di belakang banguna Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Penemuan janin ini juga mungkin ada signifikannya dengan kebimbangan polis terhadap angka 517 bayi yang dibuang dalam tempoh enam tahun, terutama disyaki hasil daripada kegiatan seks bebas lepas!

Itu belum dicampur dengan bayi yang dibuang dan tidak ditemui dan janin yang lupus di sungai, di tempat pembuangan sampah atau di dalam tangki septik!

Barangkali mereka yang menentang penguatkuasaan larangan mengadakan Hari Valentine mungkin boleh merenung sejenak fenomena ini sebelum mereka bertindak membuat kesimpulan larangan mengadakan Hari Valentine sebagai menyekat kebebasan asasi manusia.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10