nuffnang ads

Tuesday, February 1, 2011

ISRAEL MEMERHATI MESIR PENUH MARAH DAN RESAH


KETIKA berita lebih sejuta rakyat Mesir akan berarak hari ini untuk menunjukkan kekuatan semangat mereka mendesak Hosni meletak jawatan, pemimpin politik Israel melihat keadaan itu dengan  penuh debaran.

Malah ketika penunjuk perasaan menjerit "Cukuplah Hosni" dan "Segera Cari Pesawat Untuk Larikan Diri" Israel dilaporkan mula menggerakkan tentera tambahan ke sempadannya dengan Mesir.

Pada masa yang sama pemimpin Israel segera pula memberi kebenaran kepada Hosni untuk menempatkan dua batalion tentera tambahan di sempadan yang sama atas alasan untuk mengawasi pelancong asing yang dikatakan semakin ramai di situ.

Namun hakikatnya, Israel menunggu peluang untuk masuk secara tidak langsung ke dalam Mesir dengan satu tujuan - menyelamatkan Hosni.

Kemarahan Israel mula terserlah apabila mendengar khabar dari Obama yang berterus-terang akan berdiri di belakang rakyat Mesir. Israel menyifatkan kenyataan Obama itu sebagai seorang sahabat yang menikam dari belakang.

Israel tidak mahu Hosni ditukarkan kerana selama ini pemimpin Israel hanya akrab dengan Hosni berbanding dengan pemimpin dunia Arab yang lain. Malah mereka cepat membuat andaian tanpa Hosni, demokrasi akan mati di Mesir.

Kebimbangan Israel ini memaksa pemimpin utama negara itu menghubungi Hosni bertalu-talu sejak seminggu lalu dan memberi pandangan agar beliau tidak tunduk kepada desakan rakyat.

Difahamkan, Israel sudah mula menggunakan khidmat perisikannya secara maksimum untuk memberi nasihat kepada Hosni dan rejimnya bagi menangani krisis yang sedang berlaku dan semakin parah ini. Malah gangguan komunikasi internet juga didalangi oleh pakar teknologi Israel sebagai cara tidak langsung untuk membantu Hosni berdepan kemarahan rakyat.

Israel kini amat sedar, jika Hosni melarikan diri sebahagian besar ekonomi negara itu akan terjejas dengan teruk. Ini kerana separuh daripada penggunaan gas asli di Israel bagi tujuan ekonomi dan ketenteraan diperolehinya daripada Mesir. Jika Hosni tiada, mereka bimbang eknomi dan kesiapsiagaan tentera juga akan terjejas.

Dan paling penting, jika Mesir ditadbir oleh parti dukungan Muslim Brotherhood, kuasa dan kekuatan Iran akan bertambah sekali ganda. Jika ini berlaku, Israel bimbang dan resah.

Maka tidak mustahil mulai hari ini ketika rakyat menunjukkan kemuncak kemarahan terhadap Hosni, Israel akan menggunakan taktik kotornya bagi menyelamatkan masa depan dan kepentingan negara itu di rantau Arab.

Dunia akan melihat betapa Hosni akan bergantung kepada Israel pada saat-saat akhir peperangan ini untuk menyelamatkan diri. Namun realitinya kebangkitan rakyat sebenarnya telah sukar untuk ditolak ke belakang lagi walaupun nyawa dan darah rakyat jadi taruhan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10