nuffnang ads

Tuesday, February 1, 2011

CHINA BAWA KELUAR 480 WARGANYA DARI MESIR: AMERIKA BAWA 2,000 WARGANYA KELUAR

Kerajaan China bertindak segera mengeluarkan warganya dari Mesir

CHINA tidak mahu menanggung risiko lebih besar ke atas warganya yang berada di Mesir, apabila bertindak segera membawa mereka keluar dari negara itu bermula malam tadi.

Dua pesawat khas China Airlines dan Hainan Airlines digunakan dan membawa 480 penumpang pada jam 1.43 dan 2.23 waktu tempatan.

Dua lagi pesawat akan tiba bila-bila masa hari ini untuk membawa 424 lagi warganya yang masih tersadai di Lapangan Terbang Cairo.

Sementara usaha untuk mengumpul dan membawa pulang 300 warganya yang berada di seluruh Mesir sedang dilakukan.

Sementara itu, Amerika Syarikat juga membuat tindakan serupa. Sehingga pagi Selasa, mereka telah berjaya membawa keluar lebih 2,000 warga Amerika Syarikat dari Lapangan Terbang Cairo menerusi sembilan penerbangan. Enam lagi penerbangan sedang berlepas dari Amerika untuk membawa warganya yang sedang menunggu di lapangan terbang itu.

Kerajaan Australia juga menghantar pesawat khas untuk membawa pulang ratusan rakyatnya yang sedang menunggu di lapangan terbang.

Ketika perarakan semakin besar dan tegang, semua negara termasuk negara kuasa besar tiada pilihan kecuali membawa keluar rakyat masing-masing demi keselamatan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10