AKHIRNYA selamat. Anakku, saudaraku, anak saudaraku, jiranku dan semua yang telah tiba di tanah air, ucapkanlah syukur di atas pertolongan Allah dan semua pihak yang telah bersusah payah membawa semua pulang, terutama kerajaan, parti pembangkang, semua NGO, Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), MAS, Air Asia dan negara jiran yang terlibat. Begitu juga kepada semua yang terbabit sama ada hanya menerusi sepotong doa yang ikhlas.