nuffnang ads

Monday, February 7, 2011

ABANG PILIH ANTARA DIA ATAU AKU: PEMBANTU RUMAH DITEMUI MATI KERANA CINTA


DIA seorang pembantu rumah di Singapura. Teman lelakinya seorang warga Malaysia. Segalanya berpunca apabila teman lelakinya menyimpan seorang kekasih di Batam, Indonesia.

Pertengkaran berlaku. Anis Dwi Rianwati, 29, meminta teman lelakinya Mr X, 45 tahun, memilih sama ada dia atau kekasih teman lelakinya di Batam.

Bingung punya jantan. Dia boleh minta tempoh daripada Anis untuk berfikir sebelum membuat keputusan. Akibatnya Anis berang. Lama bertengkar, tak membuahkan hasil, akhirnya Anis mencapai segenggam pil makanan tambahan milik teman lelakinya itu lalu ditelannya. Ngaaaap!

Beberapa ketika Anis pengsan. Tapi dia belum kembali ke rahmatullah, sebaliknya sedar semula. Sedar sahaja, dia mengulangi permintaannya. Bagaimanapun, teman lelakinya meminta tempoh untuk dia membuat pilihan.

Anis angin! Dia lari mengejar sebuah teksi meninggalkan teman lelakinya untuk pulang ke rumah majikannya di Meyer Road. Teman lelakinya yang bimbang, mengekorinya dari belakang memandu keretanya. Dari bawah dia menghubungi Anis agar turun berbincang lagi.

Bila berjumpa, Anis ulangi permintaan serupa - pilih dia atau wanita yang di Batam itu! Teman lelakinya masih berdolak-dalik. Anis menghubungi sendiri wanita di Batam itu, tetai panggilannya tidak berjawap.

Anis lari menaiki lif. Dan itulah kali terakhir teman lelakinya sempat mendengar rayuan seorang wanita yang meminta dia membuat pilihan sama ada memilih dia atau wanita di Batam. Selepas itu, Anis tidak akan meminta dia membuat pilihan lagi. Anis telah pergi. Pergi jauh ke negeri abadi dan tak akan mengulangi permintaan serupa buat teman lelakinya lagi. Tidak!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10