nuffnang ads

Saturday, February 12, 2011

DUA PENJENAYAH INDONESIA DIBERKAS, SEORANG DITEMBAK: DUA LAGI LARI KE HUTAN


DUA penjenayah warga Indonesia berjaya diberkas semalam, dalam satu operasi khas bagi menangani kegiatan jenayah mereka yangg dilaporkan amat berleluasa di sekitar Kampung Sungai Lumut, Sarawak, sejak sebulan lalu.

Salah seorang yang diberkas, ganas dan cuba merampas senjata polis...akhirnya terpaksa ditembak di pahanya(SU)
Seorang daripada yang diberkas, cedera di paha kanan ditembak selepas cuba merampas senjata api milik seorang anggota polis yang memburunya.

Kejadian berlaku jam 2.30 pagi semalam, apabila sepasukan polis dan seorang ahli perniagaan bersama rakannya memasang perangkap. Terbukti empat penjenayah terbabit masuk perangkap dan cuba menyamun di rumah ahli perniagaan berkenaan.

Bagaimanapun, ketika keempat-empatnya melepasi pagar, anggota polis yang berkumpul di dalam rumah berkenaan menyergahnya dan menyebabkan mereka melarikan diri ke hutan, menyeberang sungai dan bersembunyi.

Namun usaha dilakukan dengan memanggil bantuan lebih ramai anggota polis dan unit anjing, mengakibatkan mereka terperangkap. Bagaimanapun, salah seorang mereka cuba merampas senjata anggota polis dan dia ditembak. Seorang lagi rakannya yang bersenjata parang kemudian menyerah diri. Dua lagi yangg lain kini masih diburu.

Kumpulan penjenayah warga asing bersenjatakan parang itu dilaporkan mengganas dan dalam tempoh tiga minggu empat rumah telah dimasukinya, termasuk ada di antara mangsa dicederakan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10