nuffnang ads

Monday, January 24, 2011

WANITA MUDA INI PENGGERAK DEMONSTRASI JATUHKAN PRESIDEN YAMAN, ALI ABDULLAH SALLEH

Karman ditangkap semalam, namun semangat kuasa rakyat di Yaman semakin membara hari ini mendesak Presiden negara itu, Ali Abdullah Salleh berundur dan menyanyikan lagu SAYONARA

SEMANGAT kuasa rakyat di Tunisia, mulai menjalar ke Yaman semalam, apabila penunjuk perasaan yang dipimpin oleh seorang wanita muda, Tawakel Karman, mendesak presiden negara itu, Ali Abdullah Salleh segera meletakkan jawatan.

Disokong puluhan ribu mahasiswa, Karman membawa bersamanya semangat rakyat dari Tunisia, berarak di ibu kota Yaman, namun ketika tiba di jalan utama, dia dicekup secara kasar oleh pihak berkuasa negara itu dan semalam dia terus disumbat ke dalam sebuah penjara di Sanaa.

Berikutan tangkapan Karman, lebih 200 wartawan Yaman tidak mempunyai pilihan, kecuali menyertai perarakan rakyat, meminta Ali Abdullah segera turun dari takhtanya dan sekali gus meminta Karman dibebaskan.

Nampaknya, selepas Tunisia, Yaman bakal menjadi negara kedua yang bakal menyaksikan rakyat bangkit menunjukkan kuasa mereka bagi menentang seorang presiden yang mereka dakwa telah gagal berfungsi sebagai pentadbir yang adil dan membantu rakyat.

Kita lihat apa yang akan terjadi di Yaman selepas ini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10