Pelbagai lapisan masyarakat sebahagiannya inginkan penjelasan, manakala selebihnya mengulas sama ada mengecam atau sebaliknya di atas tindakan apa yang dikatakan luahan Karam Singh terhadap orang Melayu ketika dia dipercayai mabuk ketika berada di sebuah restoran di Klang.
Keadaan itu dikatakan menyebabkan pengurusan TV3 sedikit kurang selesa dan setakat ini wartawan berkenaan dipercayai telah menjelaskan isu itu kepada pihak atasan syarikat televisyen berkenaan.
Tegang....video Karam Singh didakwa menghina orang Melayu, tersebar di YouTube |
Bagaimanapun, pengurusan TV3 dipercayai sedang 'memikirkan' sesuatu walaupun kejadian itu berlaku di luar kawalan dan waktu kerja serta lebih menjurus kepada hal peribadi wartawan berkenaan.
Orang ramai juga menghubungi pejabat TV3 di beberapa cawangannya, turut meluahkan kesal kerana perkataan yang dikeluarkan Karam antaranya konon orang Melayu bukan berasal dari Malaysia dan Indonesia, amat mengguris hati.
Bagaimanapun, Karam yang dikepung oleh sekumpulan lelaki Melayu yang tersinggung dengan insiden itu dilihat dan didengar membuat permohonan maaf kepada semua rakyat Melayu dan mengakui dia kesal kerana perkataan yang dikeluarkan ketika kejadian amat keterlaluan dan tidak wajar.
Menerusi video yang tersebar di laman YouYube, memaparkan suasana tegang di dalam sebuah restoran di mana Karam dikelilingi lelaki Melayu yang marah dan hampir tercetus kejadian tidak diingini apabila pada satu peringkat Karam yang dilihat seperti 'mabuk' meninggikan suara.