nuffnang ads

Wednesday, January 26, 2011

TERKINI RUSUHAN DI MESIR: TIGA MATI PENUNJUK PERASAAN BERTEMPUR POLIS


SIRI rusuhan di Mesir yang bangkit secara tba-tiba sejak tiga hari lalu, dipercayai diinspirasikan oleh kebangkitan rakyat Tunisia menjatuhkan Presiden mereka yang korup, semakin bertambah ganas.

Di bandar pelabuhan Suez, dua perusuh terbunuh, manakala di Kaherah, seorang anggota polis maut apabila puluhan ribu penunjuk perasaan berada di jalanan mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

Dua penunjuk perasaan yang terbunuh itu ialah Ahmed Soliman Gaber dan Mustafa Ragab manakala polis yang maut dikenali sebagai Ahmed Aziz.

Tindakan kerajaan menyekat laman sosial Twitter memburukkan lagi keadaan di mana rakyat bangkit semakin ramai menentang kerajaan kerana terputus hubungan dan maklumat.

Dua bandar utama, Kaherah dan Suez hari ini dilaporkan media antarabangsa semakin dibanjiri penunjuk perasaan dan mereka yang bersenjatakan batu membaling polis yang cuba menyurai perarakan sambil mengeluarkan kata-kata kesat kepada Hosni Mubarak.


MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10