INSTITUT Penyelidikan Perubatan (IMR) secara rasmi mengesahkan telah melepaskan 6,000 nyamuk Aedes kejuruteraan genetik (GE) di sebuah hutan berdekatan Bentong, pada 21 Disember lalu sebagai satu percubaan untuk melihat sejauh mana jarak kemampuan nyamuk berbahaya itu terbang dan ketahanannya hidup dalam keadaan liar.
Satu kenyataan IMR mengesahkan kesimpulan daripada eksprimen itu dibuat pada 5 Januari lalu manakala penyemburan pula dilaksanakan pada 6 Januari. IMR akan melakukan pemantauan berterusan selama dua bulan bagi kajian itu.
Pelepasan nyamuk aedes genetik ini adalah antara langkah yang dikatakan bertujuan untuk membunuh progeni atau keturunan nyamuk yang menyebarkan demam denggi dan telah meragut banyak nyawa di negara ini.
Awas! Jangan ganggu nyamuk aedes genetik yang sedang bekerja di Bentong!