nuffnang ads

Thursday, January 6, 2011

TERKINI: ARIEL DIHUKUM PENJARA 5 TAHUN DAN DENDA RM85,000

MAHKAMAH Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun dan denda sebanyak RM85,000 ke atas penyanyi Kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel selepas didapati bersalah terbabit dalam mengedar dan merakam video hubungan seksnya dengan dua artis, Luna Maya dan Cut Tari.

Hakim, Rusmanto ketika membacakan hukuman turut menyelar Ariel di atas sikapnya yang enggan mengaku bersalah walaupun beberapa saksi jelas membabitkan kesalahan yang dikenakan terhadapnya.

Kata Rusmanto, enggan mengaku salah itu telah menyebabkan dia dihukum penjara dengan berat, terutama kerana menyulitkan proses mahkamah dan penghakiman.

Pada masa sama, katanya Ariel sebagai artis dan idola sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat, sebaliknya terbabit dalam perbuatan jahat dan keji yang mana rakaman video itu boleh diakses oleh mana-mana pihak di sleuruh dunia.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10