nuffnang ads

Thursday, January 6, 2011

LELAKI DITIKAM MILIKI 54 KEPING RM100 DAN 35 KEPING RM50 PALSU!

SEORANG lelaki penyewa rumah di Kampung Kasipillay, di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur yang ditikam pemilik rumah kerana gagal menjelaskan sewa, kini disiasat kemungkinan terbabit dalam sindiket pengedaran not kertas palsu.

Ini ekoran kejayaan polis menemui 54 keping not RM100 dan 35  not RM50, kesemuanya palsu semalam daripada lelaki itu, ketika membuat siasatan awal berhubung insiden dia ditikam di beberapa bahagian badannya oleh pemilik rumah sewanya.

Penemuan not palsu yang banyak daripada lelaki berusia 35 tahun itu disiarkan oleh laman Facebook PDRM hari ini.

Polis sedang menyiasat pelbagai sudut, termasuk kemungkinan lelaki yang kini sedang dirawat kerana cedera ditikam, terbabit dalam mengedarkan wang palsu.

Dalam kejadian Selasa lalu, berlaku pertengkaran di antara lelaki terbabit dengan pemilik rumah berusia 41 tahun berhubung kegagalan lelaki itu menjelaskan sewa rumahnya sebanyak RM400. Ekoran kegagalan menjelaskan sewa dia ditikam beberapa kali.

Pemilik rumah yang menikam lelaki pemilik wang kertas palsu itu pula telah ditahan tidak lama selepas pergaduhan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10