TERGAMAKNYA! Seorang lelaki sanggup mengajak seorang wanita berlawan di Johor. Inilah kisah pilihanraya di DUN Tenang. Mungkinn begitu intonasi suara rakyat kalau pertandingan ini melibatkan pertandingan beradu fizikal.
Mohd Azhar Ibrahim mewakili BN akan menentang Normala Sudirman wakil PAS bagi dipilih menjadi wakil rakyat kawasan berkenaan pada 30 Januari ini.
Pengumunan Mohd Azhar sebagai calon diumumkan Muhyiddin hari ini. Sementara Normala pula telah terlebih awal diumumkan mewakili PAS untuk bertanding di kawasan berkenaan.
Dalam pilihanraya lalu, majoriti undi diperolehi BN tidak sampai 3,000. Mungkinkah kali ini semakin merosot atau meningkat?
Dipercayai Najib mungkin menjadikan keputusan pilihanraya di Tenang ini sebagai batu aras untuk mempertimbangkan tarikh sebenar pilihanraya umum ke 13. Jika majoriti lebih 5,000 diperolehi BN, ada kemungkinan besar pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi.
Bagaimanapun, berdasarkan keadaan semasa, keadaan itu kelihatan sukar untuk diperolehi oleh BN, apatah lagi, dalam setiap benda penting yang mahu dijadikan sesuatu ukuran, pengundi akan bersikap tidak menyebelahi BN.
Kalau kalah atau menang dengan majoriti lebih kecil berbanding 2008, demam Najib.