nuffnang ads

Wednesday, January 19, 2011

ADO MOHD AZHAR IBRAHIM CALON BN DUN TENANG: ISTERI DAPAT NOTIS TUKAR 24 JAM TAK?

JIKA suami Normala Sudirman, calon PAS bagi DUN Tenang, menerima arahan 24 jam berpindah atas alasan kerana gagal mengawal tindakan isteri menyokong parti politik, tertanya juga, adakah isteri ADO Rengit, Mohd Azhar Ibrahim yang menjadi calon BN, turut menerima arahan tukar 24 jam kerana gagal mengawal tingkah laku suami menyokong parti politik juga.

Maka rakyat pun tertanya, jika kakitangan kerajaan boleh menjadi ahli politik UMNO, berdosa dan salahkah kalau kakitangan kerajaan juga menjadi ahli parti politik PAS, seperti Normala?

Kena steady beb. Peraturan kena steady supaya kelihatan adil dan tidak berpihak. Bukankah pilihanraya satu pertandingan sihat yang dibenarkan kerajaan untuk memilih wakil rakyat secara demokrasi. Jadi tidak berapa eloklah kalau ada 'ancaman-ancaman' kurang sihat hanya kerana kakitangan kerajaan menjadi ahli parti pembangkang. Bukankah parti pembangkang juga sah dan berdaftar di negara ini.

Tak apalah. Selamat bertanding buat Mohd Azhar Ibrahim yang dipilih menjadi calon BN menentang Normal Sudirman pada pilihanraya kecil Tenang yang akan berlangsung pada 30 Januari ini.

Serahkan kepada rakyat. Timbang dan ukur baik-baik supaya tidak kesal kemudian hari. Mohd Azhar anak bekas Adun Tenang dulu-dulu, Ibrahim Daud yang telah meninggal dunia. Normala pula Ketua Dewan Muslimat Labis.

Selamat mengundi.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10