nuffnang ads

Wednesday, January 5, 2011

TAHNIAH: RAIS YATIM BERANI!

PERTAMA, terkejut juga sebab menteri kabinet yang disebut-sebut dalam blog konon memperkosa pembantu rumah selama ini rupanya Datuk Seri Utama Rais Yatim. Dengan penjelasan Rais yang menafikan alegasi atau dakwaan itu, semua pihak kini jelas dan mengerti.

Rais menafikan dia terbabit dan menyifatkan semua dakwaan terutama dalam blog sebagai perbuatan jahat yang tidak betul maksudnya.

Benar, Rais ada hak mempertahankan diri. Jika dia menganggap itu fitnah dan merupakan kerja jahat, barangkali didalangi pihak yang mempunyai agenda tertentu, benar, Rais berhak membuat kenyataan dan penafian. Dia ada hak sebagai seorang manusia untuk mempertahankan maruahnya.

Bagaimanapun, dari sisi lain, jika ada pihak yang berasakan berhak untuk membuat laporan polis kerana mempercayai ada hak dan kekuatan menerusi bukti, tiada sesiapa pula berhak untuk menghalang mereka. Mereka seperti Rais juga berhak untuk bertindak dari pandangan yang bertentangan daripada pandangan Rais dalam soal benar salah membabitkan ruang lingkup kepentingan yang bukan sedikit besarnya ini.

Sekarang rakyat tidak perlu berteka-teki. Menteri yang dimaksudkan itu telah dengan sendiri bangkit menafikan segala tuduhan dan dakwaan.

Kita serahkan ruang pengadilan membuat timbangan bagi memastikan kebenaran milik Rais atau milik mereka yang membuat laporan polis mengenai jenayah itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10