BUDAYA bengap jangan dibiarkan masuk ke dalam darah daging rakyat hari ini kerana dikhuatiri ia akan membuatkan masyarakat akan datang menjadi lebih sengap dan lenyap!
Budaya bengap ini dipercayai berakar daripada budaya suka menidakkan atau budaya menafikan hanya kerana kepentingan yang tidak tentu baiknya untuk kepentingan rakyat atau masyarakat untuk jangka masa akan datang.
Buanglah budaya bengap ini supaya hidup menjadi lebih telus dan tidak terikat oleh keterpaksaan keterlaluan. Kalau dibiarkan budaya bengap ini terus mengalir dalam sungai hidup masyarakat atau rakyat, lambat laun kita akan melihat setiap inci bumi ini dihuni oleh warga bengap.
Tuhan telah memberi akal dan pancaindera mencukupi untuk digunakan sebagai alat timbang dan kayu ukur kepada setiap sesuatu yang mesti difikirkan, maka gunakanlah dengan cara bijaksana.
Buang bengap, hidup sejahtera!