nuffnang ads

Friday, January 7, 2011

SELEPAS INI AKAN ADA LARANGAN TIADA SEKS DI PANTAI BORACAY

Selepas ini jangan nak mengada-ngada di pantai ini-AFP

PIHAK berkuuasa Filipina dijangka menguatkuasakan undang-undang melarang pengunjung melakukan hubungan seks atau adegan lucah di Pulau Boracay, selepas insiden dua pasangan dirakamkan sedang melakukan hubungan seks di pantai itu, malam tahun baru beberapa hari lalu.

Datuk Bandar pulau peranginan itu, John Yap, berkata perbuatan yang dilakukan pengunjung seperti dirakamkan oleh stesyen televisyen ABS-CBN itu, amat memalukan dan pihak berkuasa tiada pilihan kecuali memperkenalkan undang-undang melarang ia berulang.

Krew stesyen televisyen berkenaan merakamkan hubungan seks pasangan pertama di atas pasir pulau itu ketika ribuan pengunjung sibuk meraikan malam tahun baru. Pasangan itu melakukannya tanpa segan-silu seolah-olah perbuatan itu dibenarkan tanpa halangan.

Pasangan kedua pula dirakamkan ketika sedang melekat mulut dan badan di dalam air, tetapi menampakkan payu dara pasangan perempuan.

Pulau Bocaray adalah antara pulau peranginan terkenal di Filipina dan dikunjungi lebih 650,000 pengunjung sepanjang tahun lalu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10