nuffnang ads

Friday, January 7, 2011

NUR AIN MANGSA TIKAM 19 KALI, MENINGGAL DUNIA PAGI INI

GADIS 18 tahun, Nur Ain Ashikin Jemedi yang ditikam 19 kali sebelum disimbah asid gara-gara menolak cinta seorang lelaki 42 tahun, meninggal dunia jam 8.34 pagi ini selepas lebih tiga minggu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI).

Allahyarham menghembuskan nafas ketika pelbagai usaha dilakukan oleh pakar perubatan untuk merawat kecederaan yang dialaminya.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi 18 Disember lalu, Nur Ain ditikam oleh seorang lelaki yang juga kenalan keluarganya sebanyak 19 kali selepas lelaki itu dikatakan kecewa kerana cintanya ditolak.

Dia bukan sahaja ditikam, tetapi lebih buruk disimbah asid oleh lelaki berkenaan sehingga mencederakan 75 peratus anggota tubuhnya. Tragedi itu menggemparkan penduduk Kampung Baru Sungai Redan, di Kota Tinggi, Johor, tanah kelahiran Nur Ain.

Nur Ain ketika kejadian turut disahkan hamil lima bulan. Suspek yang bertindak kejam akhirnya telah dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10