SATIM Diman yang dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, menggantikan Khir Toyo kena tibai dengan wakil rakyat perempuan, Teressa Kok.
Teressa tanpa berselindung berkata, Satim jauh lebih tidak berkemampuan berbanding Khir Toyo dan membalun Umno, apakah pemimpin semacam itu yang parti berkenaann ada, konon untuk bekalan menjadi menteri besar.
Malah Teressa mendakwa, Satim jarang ada di kawasannya, sehinggakan ada pengundi di kawasannya meminta bantuannya bagi mengatasi sesuatu perkara selama ini.
Teressa juga membangkitkan soal kehadiran Satim sebelum ini yang katanya semua itu adalah gambaran seorang ketua pembangkang di Selangor.
Aduh...selalunya perempuan jarang tibai lelaki sebab walau pun tidak suka, dia akan diam atau simpan sahaja. Tentu ada yang tidak kena dengan Satim agaknya menyebabkan Teressa Kok berterus-terang membalunnya!